Sunday, November 13, 2016

Sampai bila Tun Mahathir mahu lihat Melayu berpecah?



Mengimbas kembali sejarah 18 tahun yang lalu... dimana ketika itu aku juga seorang insan yang mentah sering merempit, bangga dengan diri sendiri sebab boleh korek block motorsikal GP100 @ Gipang. Guna tayar sotong potong tang coner, kepala lutut cecah jalan tar... apa ada hal masa tu...

Dalam fikiran langsung tidak pernah terfikir tentang politik kerana bagi aku UMNO adalah satu parti yang sangat gah dimana majoriti Melayu sangat kuat pada masa itu.

Namun pada 2 September, 1998 menyaksikan perpecahan dikalangan orang melayu... berlaku titik hitam dalam sejarah politik apabila Tun Mahathir memecat Anwar Ibrahim selepas didakwa menyalah guna kuasa dan salah laku seks. Pemecatan Anwar mencetuskan demonstrasi besar-besaran di Kuala Lumpur dan seterusnya tertubuhnya Keadilan (PKR) yang kononnya mahu menentang kezaliman Tun Mahathir.

PKR lahir dari cebisan orang UMNO yang memberontak diatas kezaliman Tun Mahathir! Bukan itu saja... yang gila kuasa dan gila jawatan juga mengambil kesempatan untuk bersama Dr Wan Azizah pada waktu itu.

Pada hakikatnya Tun Dr Mahathir adalah punca kepada perpecahan orang Melayu sehingga menubuhkan beberapa parti kecil yang lain.

Sedar tak sedar kini Melayu terbahagi kepada lima... UMNO, PAS, PKR, PAN dan PPBM.. Parti Semangat 46 berkubur, jika tida kita orang Melayu terbahagi kepada 6 Parti. Amat menyedihkan lagi bila orang Melayu dilihat menjadi ‘minoriti’ kerana perpecahan ini.



Tidak dinafikan puak pembangkang dan anasir asing sentiasa memerhati dan pasti akan menangguk di air keruh.

Kita semua nampak bagaimana DAP dengan gembiranya menyingkir Pas daripada Pakatan pembangkang! Ini adalah salah satu kejayaan yang besar buat DAP... DAP berjaya mengambil kesempatan diatas perpecahan ini...

Orang Melayu sepatutnya peka dengan ancaman ini, bukannya terus berpecah-belah dan bertelagah sesama sendiri sehingga mengizinkan DAP mengambil kesempatan.

Apa yang membimbangkan nanti... Perpecahan orang Melayu tidak lagi menjamin suara orang Melayu pada masa akan datang dan kuasa majoriti orang Melayu yang dahulunya diterajui orang Melayu hilang entah kemana.



Cukup-cukuplah Tun... Sampai bila Tun Mahathir mahu melihat orang Melayu berpecah? Jangan kerana marahkan nyamuk kelambu dibakar... menang sorak kampung tergadai!

by Hisham @ BroJinggo

Wednesday, September 21, 2016

KJ Vs Anwar: Anwar Rancang Guling Mahathir Sejak 1998, Kata Saksi @LokmanAdam #SolidaritiKJ


20 Sept - Mahkamah Tinggi hari ini diberitahu bahawa bekas Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim telah merancang untuk menggulingkan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad sejak 1998.

Panel Pemikir Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA) Datuk Lokman Noor Adam, 43, berkata rancangan Anwar itu telah dimaklumkan oleh setiausaha politiknya, Mohamad Ezam Mohd Nor ketika mereka berjumpa di sebuah hotel di Batu Pahat, Johor Bahru, pada tahun berkenaan.

"Pada waktu itu, Mohamad Ezam ada memberitahu saya dan dua orang lagi mengenai rancangan Anwar dan turut memaklumkan Anwar yang ketika itu menyandang jawatan sebagai Timbalan Perdana Menteri tidak boleh bekerjasama dengan Mahathir.

"Mohamad Ezam memaklumkan Anwar sudah tidak boleh tahan dengan Mahathir dan tidak bersetuju dengan dasar ekonomi dan politik yang dibawa oleh Mahathir," katanya ketika pemeriksaan utama oleh peguam Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah.

Lokman merupakan saksi keempat defendan yang memberi keterangan pada hari kedua pendengaran kes saman fitnah RM100 juta difailkan Anwar terhadap Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin.

Lokman, yang merupakan Exco Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia berkata Mohamad Ezam pernah memujuknya untuk menjadi sebahagian daripada rancangan Anwar untuk menjadi Presiden UMNO.

Saksi keempat itu berkata beliau ada berjumpa dengan seorang pegawai khas kepada Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi ketika itu (1998) untuk mendapatkan penjelasan selanjutnya sama ada Anwar mempunyai rancangan untuk 'menikam belakang' Mahathir ataupun ia rancangan Mohamad Ezam.

Lokman berkata rancangan Anwar itu telah disahkan oleh pegawai khas kepada Ahmad Zahid.

Lokman turut memaklumkan kepada mahkamah bahawa beliau berada di kediaman rasmi Anwar pada 2 Sept 1998 semasa tiga orang polis menyerahkan surat kepada Anwar berhubung pemecatan jawatannya sebagai Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan.

"Saya katakan beliau (Anwar) dipecat kerana usahanya untuk menggulingkan Mahathir," katanya.

Lokman berkata beliau juga telah dipecat sebagai anggota UMNO pada 6 Okt 1998 selepas Anwar dipecat daripada jawatannya itu pada 2 Sept 1998.

"Selepas itu, saya masuk PKR dan pernah dilantik sebagai Setiausaha Pemuda PKR tetapi digugurkan daripada parti itu pada 2004 selepas mengkritik kepimpinan parti itu," katanya yang turut memaklumkan Anwar adalah idolanya sebelum ini.

Pendengaran kes saman di hadapan Pesuruhjaya Kehakiman, Azizul Azmi Adnan bersambung Khamis.

Khairy turut hadir di mahkamah hari ini. Beliau yang merupakan saksi defendan pertama selesai memberi keterangannya semalam.

Pada 7 Mac 2008, Anwar memfailkan saman fitnah itu dengan mendakwa Khairy, yang ketika itu naib ketua Pemuda UMNO, mengeluarkan kata-kata berbaur fitnah dalam satu ceramah di Lembah Pantai pada 20 Feb 2008.

Katanya perkataan fitnah dan klip video bertajuk 'Anwar and kin no threat' disiarkan di laman web, termasuk dalam portal Malaysiakini.com.

-Bernama

Wednesday, September 14, 2016

#Paralimpik akan mendapat imbuhan bulanan atau pencen yang sama! Terima kasih @khairykj #Rio2016


Petang tadi Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin, meraikan atlet negara yang menyumbang pingat dalam temasya Olimpik baru-baru ini. Majlis berlangsung di Pusat Kecemerlangan Proton Subang Jaya. YB Menteri Khairy Jamaluddin menyerahkan kunci kereta proton kepada pemenang-pemenang Olimpik Rio 2016.


Dalam sidang akbarnya, beliau berkata bekas atlet Paralimpik negara yang pernah menyumbang pingat akan diberi imbuhan bulanan mulai Oktober ini.

"Setelah skim tersebut dikemas kini, semua atlet, sama ada bertanding dalam temasya sukan Olimpik dan Paralimpik akan mendapat imbuhan bulanan atau pencen yang sama.

"Ini yang diputuskan supaya semua atlet mendapat imbuhan sama rata," kata Khairy.

Dengan kemaskini tersebut, mana-mana atlet Paralimpik yang meraih pingat gangsa akan diberi RM2,000 sebulan, pingat perak pula akan diberi RM3,000 sebulan manakala bagi yang memenangi pingat emas pula akan mendapat RM5,000 sebulan.




Tahniah YB Menteri Khairy Jamaluddin yang telah memberi penghargaan dan pengiktirafan kepada atlet paralimpik. KJ dilihat sebagai seorang pemimpin generasi muda yang sentiasa mengamalkan nilai "murni" dan berjiwa rakyat. Ini yang kita mahukan!

Terima kasih KJ dari seluruh rakyat Malaysia!